Sunday, March 7, 2010

Apa yang anda perlu tahu tentang lampin pakai buang?


  • Penyumbang kepada masalah kesihatan - Mengandungi bahan kimia sintetik Carcinogenic Dioxin yang boleh menyebabkan kanser, kecacatan kelahiran, kerosakan limpa dan kerosakan genetic. Disenaraikan oleh EPA sebagai bahan yang sangat bertoksik (beracun).Kajian yang dijalankan di German juga mendapati lampin pakai buang boleh dikaitkan dengan asma dan menjejaskan kesuburan bayi apabila dewasa nanti.

  • Punca masalah kulit – Mengandungi Sodium Polyacrylate yang berfungsi menyerap cecair dan bertukar kepada gel apabila basah. Gel ini apabila bersentuhan dengan kulit boleh menyebabkan radang kulit dan terjadinya ruam. Ruam juga terjadi kesan tindak balas air kencing atau najis bayi dengan bahan-bahan kimia yang terdapat dalam lampin pakai buang.

  • Tidak menggalak pengaliran udara – Lampin pakai buang tidak menggalakkan pengaliran udara terutama bagi lampin yang bahagian luarnya diperbuat dari bahan plastik. Ruam lampin lebih mudah terjadi dengan cuaca di Malaysia yang sentiasa panas menyebabkan bahagian tubuh bayi yang ditutup mudah berpeluh dan basah.

  • Penyumbang kepada masalah alam sekitar - Lampin pakai buang mengambil masa selama 500 tahun untuk reput dengan sendiri apabila ditanam kerana dibuat daripada bahan sintetik iaitu plastik dan kertas. Jika dibakar pula, menyebabkan pencemaran asap dan jerebu.

  • Harga yang mahal dan perbelanjaan berterusan – Ibu bapa perlu berbelanja lebih setiap bulan untuk menyediakan lampin pakai buang yang lebih berkualiti bagi menangani masalah ruam lampin, punggung dan celah peha merah dan melecet. Lampin pakai buang juga perlu dibeli untuk sepanjang tempoh (biasanya sehingga 2 atau 3 tahun). Harga sekeping lampin pakai buang juga semakin mahal apabila saiznya semakin besar.

Setelah mengetahui semua ini, sanggupkah anda sebagai ibu bapa terus membiarkan anak-anak anda menggunakan lampin pakai buang?
Fikirkanlah..

Mari kita bertukar kepada Cloth Diapers, lampin moden yang unik.
Bukan saja menyihatkan, malah menjimatkan!

Hubungi GLADA MOR untuk
mendapatkan cloth diapers pada
harga yang menarik:

FIZA 019.272.9581
YANA 019.910.9009
glada_mor@yahoo.com
gladamor@gmail.com

No comments:

Post a Comment